Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Isikan tempat kosong. Saya akan pilih ______ jika saya layak mengundi di P36 pada 17 Januari ini

0% Bebas - Azharuddin Mamat
50% BN - Wan Farid
50% PAS - Wahid Endut
0% Rosakkan undi
0% Tidak keluar mengundi

Politik

Harun dapat ilham, beri laluan PAS berdepan Umno

"Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang. "Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon. Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding. sambung »

Eksklusif

SPRM: Makna besar kepada perjuangan melawan rasuah - Ezam

SEBAGAI seorang yang pernah merengkok dalam penjara kerana menentang rasuah, saya dapat merasakan bahawa pembentangan akta hari ini merupakan satu langkah yang paling signifikan yang di lakukan oleh seorang perdana menteri untuk melakukan perubahan atau reform di negara ini. Selepas lapan bulan berkuasa, tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menunaikan janji mengisytiharkan harta kepada umum sepertimana yang di war-warkan sebelum pilihanraya. Jelas, Perdana Menteri lebih komited dan jujur dalam usaha menentang rasuah dengan pembentangan akta SPRM hari ini. sambung »

Analisis

Husam terperangkap dalam jerat buatannya sendiri

SELEPAS mebelasah Umno dan beberapa tindakan tranformasi politiknya yang dianggap kulitan – gimik seperti pembentangan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perlantikan Hakim (SPH) serta pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Husam membangkitkan politik dosa dan pahala yang dilupakan atau tidak dititikberatkan oleh Umno. sambung »


KLtv: EA FIFA 2009 Trailers

Nov 12, 2008

Salah satu game bolasepak paling ditunggu-tunggu, FIFA 2009, telah dilancarkan. Electronic Arts (EA) menjanjikan aksi-aksi para pemain dunia yang lebih hidup dalam game ini. Di antaranya penambahan pilihan strategi, gaya permainan serta kemudahan pengendalian ketika dimainkan. Selain itu, ada juga tambahan pemain dan pasukan baru serta perbaikan grafik yang akan menjadi kelebihan FIFA 2009. Edisi FIFA 2009 ini juga bakal dilancarkan untuk Xbox 360, PlayStation 3, Nintendo Wii, PC, Nintendo DS dan PlayStation Portable.

More Videos (click to play) View our channel at YouTube

Umum

Jom berdemo laknat Israel: Di Majlis Negara dan Kedutaan Palestin

Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat HARI INI manakala Pemuda UMNO pula mengadakan perhimpunan yang sama di depan Kedutaan Palestin di Jalan Ampang. sambung »

Sukan

Prestasi Stevie G 'maintain' walaupun berdepan masalah peribadi

PRESTON (England): Steven Gerrard dicap sebagai 'budak nakal' Liga Perdana England. Ini semua kerana gara-gara kapten Liverpool itu ditangkap selepas terlibat dengan perkelahian di tempat minum. sambung »


Luar Negara

Pemimpin Hamas bersama 4 isteri dan 10 anak shahid dibom Yahudi

BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel meneruskan serangan ke atas Gaza semalam, sehari selepas menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, menyebabkan beliau dan 18 anggota keluarganya terkorban. Menurut laporan, pesawat F-16 Israel membedil rumah lima tingkat milik Rayyan di kem pelarian Jabaliya dengan dua butir peluru berpandu menyebabkan beliau, empat isteri, 10 anak beliau, serta empat jirannya terkorban. sambung »

Rencana

Menanti Pak Mahathir di Kuala Terengganu

MUNGKIN sehari dua ini bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad demam atau tidak sedap badan. Kalau beliau berada dalam keadaan sihat politik sudah pasti beliau akan berkokok dan berkata sesuatu mengulas mengenai pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari depan. sambung »

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...